WELCOME TO BUTIK FSchanteque. For those SHAWLs, PASHYs, HIJABs and ACCESSORIES LOVERs, do shop with us. Juz click whatever you like..LuV -FSc-

Thursday 8 September 2011

FSchanteque dalam Berita Harian




Pelbagai koleksi, pelengkap aksesori 

DUNIA fesyen wanita semakin berkembang mengikut arus kemodenan. Begitu juga dengan minat wanita terhadap fesyen aksesori komputer untuk melengkapkan gaya lebih profesional.

Kini, pelbagai aksesori komputer yang menjadi ikutan dan kegilaan generasi sekarang. Beg laptop, pemegang tetikus dan pelapiknya, ‘headphone’ dan pelekat laptop dengan corak serta warna menarik.
Begitu juga dengan aksesori pemacu storan atau pendrive. Jika dulu, kita menyimpan dokumen dalam komputer dengan menggunakan disket dan CD, kini pendrive serta hardisc menjadi pilihan kerana penyimpanannya lebih banyak, baik dan mudah di bawa ke mana saja tanpa sebarang corak dan bentuk menarik. 

Selari dengan cita rasa semakin tinggi, apa yang lebih menarik yang terdapat di pasaran ialah pendrive itu dihasilkan seperti ala barang kemas atau dipanggil rantai pendrives atau jewellery pendrives. Ia semakin mendapat tempat di hati penggemar barangan unik, trendy, anggun serta cantik dan bergaya. 

Bagaikan dua dalam satu, iaitu boleh dijadikan sebagai aksesori barang kemas iaitu rantai leher, pendrives itu juga dijadikan penyimpan fail penting untuk sebarang kerja. Reka bentuk unik, antaranya ukiran bentuk binatang, buah-buahan, bentuk hati, pelbagai watak kartun dan corak abstrak yang lain. 

Pendrive yang direka dijadikan buah rantai dan ia kelihatan seperti loket dan boleh digayakan untuk aktiviti harian. Koleksi Jewellery Pendrives ini selalunya didatangkan bersama rantai leher yang diserikan dengan gabungan batu kristal bagi menambahkan pesona seseorang, selain didatangkan dengan rantai kunci yang eksklusif. 
Saiz muatan pendrives barang kemas yang boleh didapati di lama web www.fschanteque.blogspot.com, milik seorang pelajar, Shabanun Salwa adalah bermula dari satu gigabyet (gig) hingga saiz terbesar iaitu 32 gig. Koleksi yang disediakan itu boleh disesuaikan pada komputer riba mahupun komputer meja. 

Shabanun Salwa berkata, jewellery pendrives juga mampu menarik perhatian ramai penggemar fesyen wanita mahupun lelaki dengan keunikan warna ceria dan pantulan dari batu kristal yang ada di permukaan produk berkenaan. Bukan saja wanita, pendrives dari perak dan pelbagai jenis jenis kulit sesuai digayakan juga oleh lelaki. 

“Dulu rekaan agak ringkas dan tidak menarik apabila disertakan dengan tali kain yang boleh diselitkan di leher seakan memakai tag nama. Rekaan kini lebih bersifat anggun dan menggambarkan personaliti seseorang yang gemarkan gaya elegan dan feminin. Oleh kerana itu koleksi jewellery pendrives diperbuat daripada koleksi besi keluli bersalut warna perak dan emas serta campuran warna lain,” katanya baru-baru ini. 

Jewellery pendrives, produk berasal dari China, kini dipasarkan secara lebih meluas ke serata dunia termasuk Amerika, Belgium dan negara Asia lain seperti Singapore, Indonesia dan Malaysia. 

Di negara ini, produk terbabit semakin mendapat perhatian ramai dan dijual dengan harga RM50 hingga RM100 bergantung kepada bentuk dan saiz muatan fail. Mereka yang berminat, boleh mendapatkannya di kedai aksesori komputer atau blog maya Shabanun Salwa.


ARTIKEL INI DIPETIK DARI BERITA HARIAN, (RATU) BERTARIKH 7 SEPTERMBER 2011.
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Fesyenmewah_pendrive_/Article


Tahniah FSchanteque ('',)V

No comments:

Post a Comment